Welcome to Mobissue

World Leading Digital Publishing Platform

Published by amanina7574, 2020-04-16 00:53:08

SAINS TINGKATAN 3

NOTA BAB 9
CUACA ANGKASA LEPAS

Keywords: NOTA SAINS TINGKATAN 3

SAINSTINGKATAN 3BAB 9: CUACA ANGKASA LEPAS


9.1 AKTIVITI YANG MEMBERI KESAN KEPADA MATAHARI Matahari merupakan bebola gas yang membara terdiri daripada dua jenis gas iaitu gas hidrogen dan gas helium. Struktur matahari: Zon perolakan Zon radiasi Kromosfera Teras Korona Fotosfera


Fenomena yang berlakudi permukaan matahari a) Granul b) Tompok matahari c) Kitaran suria d) Semarak suria (prominen) e) Nyalaan suria f) Lentingan jisim korona g) Angin suria


GranulMaksud : bahagian atas zon perolakan bagi plasma yang sgt panas dengan suhu setinggi 5800°C.I. Fotosfera yang kelihatan berbutir dalam atmosfera matahari.II. Diameter purata lebih kurang 1000 km.Tompok GranuMatahari l Tompok Matahari dan Kitaran Suria Maksud: kawasan gelap yang kelihatan pada permukaan matahari.i. Kelihatan gelap kerana suhunya lebih rendah daripada kawasan sekitarnya yang terdiri daripada granul.ii. Merupakan lokasi letusan yang amat besar di fotosfera.iii. Fenomena tompok matahari boleh berlaku dalam jangkamasa seminggu.iv. Selalunya wujud secara berpasangan atau berkumpulan. Kitaran suria ialah aktiviti tompok matahari kelihatan wujud dan lenyap mengikut pusingan 11 tahun.


Semarak suria (prominen) Semarak suria atau prominen berbentuk gelungan yang sangat besar atau lajur melengkung yang terdiri daripada gas menyala. Boleh mencapai ketinggian berates-ratus ribu km dan mungkin kekal selama beberapa hari @ beberapa bulan.


Nyalaan suria Berbentuk lajur dan terdiri daripada gas bercas yang banyak meletus daripada matahari dan kerap berlaku berdekatan dengan tompok matahari. Letusan gas yang kuat dan hebat. Menyemburkan zarah gas yang bercas keluar pd kelajuan tinggi ke angkasa lepas. Cahaya dari nyalaaan suria ambil 8 min utk smpai ke bumi manakala zarah bercas mengambil masa beberapa puluh minit Zarah bercas bertindak balas dengan atom dan molekul gas dalam atmosfera bumi menghasilkan aurora.


Lentingan jisim korona Maksud: letusan zarah gas bermagnet yang berbentuk awan yang besar dan terdiri daripada plasma yang meletus daripada matahari dan kerap berlaku bersama dengan nyalaan suria yang besar dan kuat. Menyemburkan zarah bermagnet pada kelajuan tinggi ke angkasa lepas Kelihatan seperti awan yang mengembang Zarah bermagnet ambil masa 3 hari untuk sampai ke bumi Zarah bermagnet juga bertindakbalas dengan atmosfera bumi menghasilkan aurora.


Angin suria Angin suria ialah zarah- dalam plasma seperti elektron, proton dan zarah alfa yang meletus dari Matahari ke angkasa lepas bergerak bersama- sama dengan kelajuan yang tinggi Membawa medan magnet antara planet. Kelajuannya adalah supersonic (250km/j – 750 km/j), kelajuan, suhu dan ketumpatannya boleh berubah ubah dalam lintasan pergerakannya.Angin suria Bumi


Magnetosfera bumidan kepentingannya. Magnetosfera Angin suria Magnetosfera Bumia) Medan magnet bumi b) magnetosfera bumiPerbandingan keduanya: Persamaan: kedua-duanya ialah medan magnet tidak tetap. Perbezaan: corak garisan medan magnet bumi hanya berubah sedikit sahaja manakala corak garisan medan magnet magnetosfera berubah banyak berdasarkan interaksi antara angina suria dan medan magnet bumi.


Magnetosfera bumi Definisi: suatu ruang dalam angkasa lepas yang meliputi bumi di mana medan magnet dalam magnetosfera bumi ialah gabungan antara medan magnet bumi (sebagai medan magnet utama) dengan medan magnet dalam ruang di angkasa lepas. Pembentukan magnetosfera bumi: Terbentuk daripada interaksi antara medan magnet yang dibawa oleh angina suria dengan medan magnet bumi. Bilangan zarah dan tenaga dalam angin suria sentiasa berubah, maka bentuk magnetosfera juga berubah ubah.


Kepentinganmagnetosfera bumiMelindungi bumi drpd kesan buruk yang disebabkan olehzarah yang berbahaya drpd matahari atau jasad lain dalamalam semesta. Angin suria Magnetosfera( warna kuning ) (Garisan medan magnet berwarna biru Bumi dilindungi oleh magnetosfera ) Magnetosfera (Garisan medan magnet berwarna biru )Sekatan biologi yang melindungi hidupan di Bumi daripada kesan buruk yang disebabkan oleh angin suria.Menghalang zarah bercas berlebihan seperti elektron, proton dan zarah alfa dlm angin suria untuk sampai ke bumi.Bilangan zarah bercas berlebihan dlm atmosfera bumi akn menyebabkan telekomunikasi, sistem navigasi dan talian kuasa elektrik terganggu.Mengurangkan tekanan yang dikenakan oleh fenomena angin suria terhadap atmosfera bumi


9.2 CUACA ANGKASA CUACA ANGKASA LEPAS DAN KESANNYA TERHADAP BUMI Definisi cuaca angkasa lepas terbahagi kepada 2, merujuk kepada fenomena yang berlaku di: i. Permukaan matahari seperti nyalaan suria, semarak suria (prominen), tompok matahari dan lentingan jisim korona. ii. Angkasa lepas seperti angina suria, ribut pancaran suria dan ribut geomagnet. INTERPRETASI DATA CUACA ANGKASA LEPASAnalisis data cuaca angkasa lepas digunakan untuk: i. Meramal bila berlakunya lentingan jisim korona di matahari ii. Menentukan sebab berlakunya nyalaan suria dan lentingan jisim korona di permukaan matahari.KESAN KESAN CUACA ANGKASA: i. Mengganggu fungsi satelit ii. Manusia terdedah kepada radiasi iii. Merosakkan kabel-kabel grid kuasa penjana elektrik.


RUMUSAN Cuaca angkasa lepas dipengaruhi oleh Matahari Angin suria Fenomena di permukaan yang menentukan bentuk Matahari memberi kesan sepertiStruktur Fenomena di Magnetosfera Pembentukan permukaan aurora, gangguan Matahari telekomunikasi, Teras, seperti yang sisten navigasi zon radiasi, serta talian kuasazon perolakan, Granul, Melindungi fotosfera, semarak suria, bumi elektrik kromosfera nyalaan suria, dan korona kitaran suria, daripada dengan data yang menunjukkan tompok Kesan buruk Matahari, daripada zarah Hubung kait antara lentingan jisim bilangan tompok korona dan berbahaya Matahari (kitaran angin suria dalam angin suria) dengan suria peningkatan lentingan jisim korona dan angin suria.