Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas 3.1 Gerak Balas dan Koordinasi Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Gerak Balas dan Koordinasi Gerak Balas dan Koordinasi• Semua organisma dapat mengesan perubahan di dalam persekitaran dan bergerak balas terhadap perubahan dalam beberapa cara.• Terdapat dua jenis ransangan:Rangsangan Perubahan dalam persekitaran luar Cahaya, bunyi, bau, rasa, luaran suhu, tekanan dan sentuhan.Rangsangan Perubahan dalam persekitaran dalam Aras gula dan tekanan dalaman osmosis darah.• Gerak balas merupakan cara organisma bertindak balas terhadap rangsangan yang dikesan.• Kepekaan adalah keupayaan untuk bertindak balas terhadap rangsangan.• Rangsangan dikesan oleh reseptor atau organ deria (mata, telinga, hidung,kulit).• Organ yang bergerak balas terhadap rangsangan dikenali sebagai efektor (otot dan kelenjar).• Koordinasi adalah proses di mana rangsangan dikesan dan seterusnya menghasilkan gerak balas yang bersesuaian.• Koordinasi dilakukan oleh sistem saraf dan sistem endokrin. Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Gerak Balas dan KoordinasiLaluan Informasi Yang Melibatkan Rangsangan Luar Pusat Integrasi (Otak)Reseptor pada telinga Efektor (Otot pada kaki) Rangsangan Gerak Balas(Bunyi dari hon kereta) (Bergerak menjauhi kereta yang datang) Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Gerak Balas dan KoordinasiLaluan Informasi Yang Melibatkan Rangsangan Dalam Pusat Integrasi (Otak)Reseptor pada kulit Efektor (Kulit dan kelenjar endokrin) Rangsangan Gerak Balas(Suhu badan tinggi) (Meningkatkan kehilangan haba) Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas 3.2 Peranan Sistem Saraf Manusia Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Peranan Sistem Saraf Manusia • Menerima maklumat dari reseptor • Memindahkan maklumat • Mentafsirkan maklumat • Menyediakan gerak balas yang bersesuaian kepada efektor • Mengawal dan mengkoordinasi fungsi badan serta membantu mengekalkan homeostasis Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf ManusiaOrganisasi Sistem Sistem Saraf Pusat (SSP) Saraf Manusia Terdiri daripada otak dan saraf tunjang Sistem Saraf Periferi Terdiri daripada saraf spina dan saraf kranium Saraf aferen Saraf eferen membawa impuls membawa impuls keluar dari SSP kepada SSPSistem saraf terbina daripada berjuta sel saraf dipanggil neuron. Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Organisasi Sistem Saraf ManusiaSistem Saraf kranial Otak Sistemsaraf Saraf spina Saraf tunjang saraf pusatperiferi (CNS)(PNS) Saraf aferen dan saraf eferen badan Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Struktur Otak Manusia Kawasan motorSerebrum depan Hipotalamus kaki belakang lengan Talamus Mata Kepala penglihatan ucapan Muka hearingKelenjar pituitari Serebelum Rasa dan bau Fungsi utama kawasan serebrum korteks Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Fungsi Serebrum Serebrum mewakili bahagian otak yang terbesar dan terdiri daripada dua hemisfera serebrum. Setiap hemisfera berlipat-lipat dan beralur untuk menambahkan luas permukaan serebrum. Mentafsir maklumat daripada reseptor.Mengawal pergerakan otot rangka Merasa Pergerakandalam semua aktiviti terkawal badan.Tapak kebijaksanaan dan proses mentalyang kompleks dilakukan di sini. Mendengar Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Fungsi serebelumLobus yang besar dan kompleks terletakdi bahagian belakang otak.Mempunyai dua hemisfera dan setiaphemisfera mempunyai lipatan danberalur.Menerima maklumat deria dari organkeseimbangan di telinga dan dari ototdan tendon. Keseimbangan badan Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Fungsi Talamus Terletak di antara otak dan serebrum. Bergantung kepada isyarat daripada pelbagai bahagian sistem deria ke otak. Terlibat dengan perasaan gembira dan sakit. Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Fungsi Hipotalamus Terletak di bahagian bawah talamus. Mengawal pusat pengecaman serta analisis kelaparan, dahaga, kelesuan, marah dan suhu badan. Mengawal koordinasi sistem saraf dan sistem endokrin. Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Fungsi Kelenjar PituitariKelenjar endokrin yang berada didalam hipotalamus otak.Bertanggungjawab terhadapperembesan kebanyakan hormon-hormon penting dalam badan. Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Saraf Tunjang • Saraf tunjang dikelilingi oleh bendalir serebro-spinal yang melindungi saraf serta membekalkan gas dan nutrien kepada saraf tunjang. • Ia mempunyai jirim putih di bahagian luar yang mengandungi neuron akson bermeilin. • Di bahagian dalam saraf tunjang terdapat jirim kelabu berbentuk H atau berbentuk rama-rama dan mengandungi badan sel neuron. • 31 saraf spina berasal daripada saraf tunjang. • Setiap saraf spina mempunyai 2 akar iaitu akar dorsal dan ventral. • Akar dorsal mengandungi akson neuron aferen manakala badan sel neuron aferen terletak di antara ganglion akar dorsal. • Akar ventral mengandungi akson neuron eferen. Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Keratan Rentas Saraf Tunjang Salur pusat (mengandungi bendalir serebrospina) Jirim kelabu (neuron tidak bermeilin) ganglion akar dorsal Jirim putih (neuron bermeilin) Akar dorsal(neuron deria) Saraf spina(neuron deria dan efektor) Akar ventral (neuron efektor) Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Saraf Tunjang dan Turus Vertebra Jirim kelabu Jirim putih Salut pusat Ganglion akar dorsal Akar ventral (motor) Akar dorsal (deria) Saraf spina (campuran) Meninges (membran vertebra yang melindungi sarafCakera inter-vertebra tunjang)saraf tunjang di dalamsalur saraf vertebra Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Struktur dan Fungsi NeuronBadan sel Dendrit• Mengandungi nukleus, Nukleus sitoplasma dan organel lain.• Bertindak sebagai pusat Dendron (memindahkan impuls ke badan sel) kawalan. Akson (Memindahkan impuls keluar dari badan sel)Neurilemma membran• Membentuk Nodus Ranvier • Neurilemma yang mencerut, sel neuron. membantu mempercepatkan pemindahan impuls saraf.Salut meilin dan• Mengasingkan akson mempercepatkan penghantaran impuls. Gentian otot Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Jenis Neuron dan Fungsinya Terdapat 3 jenis neuronNeuron aferen Neuron eferen Neuron berbilang kutub Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Neuron Aferen hujung aksonreseptor dendrit badan sel akson• Menghantar impuls dari reseptor ke bahagian sistem saraf pusat.• Mempunyai dendrit yang panjang- gentian saraf yang menghantar impuls ke badan sel.• Akson yang pendek- gentian saraf yang menghantar impuls keluar dari badan sel. Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Neuron Eferen badan sel hujung saraf salut meilinotot dendrit Nodus Ranvier akson• Menghantar impuls dari sistem saraf pusat kepada efektor (otot atau kelenjar).• Mempunyai dendrit yang pendek dan akson yang panjang. Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Neuron Berbilang- Kutub dendrit • Mempunyai sel rangkaian yang dapat menghasilkan sinaps dengan sebarang jenis neuron • Neuron ini hanya terdapat pada otak atau saraf tunjang. Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Jenis Gerak Balas Berkoordinasi 2 jenis tindakan yang dikawal oleh sistem saraf manusiaTindakan Terkawal Dikawal oleh serebrumTindakan Luar Kawal Dikawal oleh medula oblongata Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Tindakan Terkawal Dimulakan oleh pusat motor korteks serebrum Laluan Pemindahan Maklumat Dalam Tindakan Terkawal Saraf aferen Kawasan deriaRangsangan Reseptor serebrum korteks Saraf eferen Pusat motor serebrumGerak balas Efektor korteks Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Tindakan Luar Kawal Otak tidak menyedari tindakan luar kawal. Contoh tindakan luar kawal yang melibatkan otot rangka: Refleks sentakan lutut Menarik tangan daripada objek panas Contoh tindakan luar kawal yang melibatkan otot licin: Otot kardiak atau kelenjar Paras glukosa darah Pengawalaturan tekanan darah Kadar penafasan Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Tindakan Refleks Gerak balas automatik terhadap ransangan luaran. Berlaku dengan cepat. Tanpa kawalan sedar. Melibatkan pengecutan otot rangka dan saraf tunjang. Laluan saraf yang melibatkan tindakan refleks dipanggil arka refleks. Sentakan refleks lutut merupakan arka refleks dua neuron. Tarikan tangan daripada objek panas merupakan arka refleks tiga neuron. Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Tindakan Luar Kawal ganglion akar Saraf tunjang jirim kelabu dorsal (keratan rentas) jirim putih neuron eferen akar dorsal akar spinaneuron salur pusat akar ventralaferen patela otot kuadriseps (ektensor)tendonKesan Reseptor deriasentakan (meregang)lutut Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Tindakan Refleks Arka Refleks Dalam Tindakan Menarik Tangan Dari Objek Panas• Tiga arka refleks neuron Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Laluan Pemindahan Maklumat dari Reseptor ke Efektor Neuron memindahkan maklumat dalam bentuk isyarat elektrik yang dipanggil impuls saraf. Hanya rangsangan yang kuat (melebihi paras ambang) mampu menghasilkan impuls yang dapat memindahkan maklumat dari satu bahagian neuron ke satu bahagian neuron lain. Rajah Skematik Laluan Pemindahan Maklumat Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf ManusiaRajah Skematik Laluan Pemindahan Maklumat Rangsangan Rangsangan diterima oleh reseptorReseptor menghasilkan impuls yang akan dipindahkan ke dalam sistem saraf pusat melalui saraf aferen Pentafsiran dan penyatuan maklumat oleh sistem saraf pusat Impuls dipindahkan dari sistem saraf pusat ke efektor melalui saraf eferen Gerak balas Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Sinaps Tapak dimana satu neuron berhubung dengan neuron lain. Sinaps berlaku di antara bonggol sinaps pada hujung akson neuron prasinaps dan dendrit neuron prasinaps. Ruang kecil antara dua neuron dikenali sebagai celahan sinaps. Apabila ransangan sampai kepada sinaps, hujung akson akan membebaskan bahan kimia yang dipanggil neurotransmiter. Contoh neurotransmiter adalah asetikolin, dofamin, noradrenalina. Neurotransmiter meresap melalui celahan sinaps untuk menghasilkan impuls dalam neuron yang bersempadan. Selepas selesai menghantar maklumat, neurotransmiter akan diuraikan dengan cepat oleh enzim dan menjadi tidak aktif. Oleh sebab itu, impuls saraf bergerak dalam satu arah sahaja. Biologi Tingkatan 5
Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas Peranan Sistem Saraf Manusia Sinapsakson badan sel impuls Sinaps Impuls vesikel sinaps celahan sinaps Pembebasan neurotransmiter Biologi Tingkatan 5
Disediakan oleh:Pn Suhaila @teacherbio